
Puma dikatakan penaja kepada Apartheid Israil
MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - PUMA dikatakan sebagai penaja rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Israil yang mempunyai ahli dari penempatan haram di Tebing Barat, Palestin.
Tajaan PUMA ke atas Persatuan Bola Sepak Israil ini seolah - olah memberikan lampu hijau kepada negara haram berkenaan untuk terus menzalimi saudara kita di Palestin termasuk mereka yang terlibat dakan skuad bola sepak Palestin.
Pemain bola sepak Palestin dikatakan terpaksa menamatkan karier mereka dengan lebih awal kerana dipenjara, mengalami kecacatan atau terbunuh selepas ditembak oleh tentera Israil seperti yang berlaku kepada Mohamoud Sarsak, Mohammed Khalil dan Mohammed al Qatri.

Surat terbuka Nadir Al Nuri kepada MFL
Nadir Al Nuri di laman facebook mengutarakan surat terbuka kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk memboikot syarikat berkenaan kerana dikira bersubahan dengan negara haram Israil.
"Puma adalah sebuah syarikat yang bersubahat dengan rejim apartheid Israel dalam penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin", kata Nadir dalam kenyataan tersebut.
"Aktiviti-aktiviti Puma dalam perkara keji itu telah dan sedang berlaku sekarang", ulasnya lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, bagaimakah pandangan anda terhadap tindakan boikot syarikat PUMA kerana syarikat ini adalah antara syarikat besar yang memberikan tajaan kepada pasukan - pasukan bola sepak tempatan.
Wide TV | Nadir Al Nuri
0 Ulasan