Dark tourism di rumah Agnes Keith

Agnes Newton Keith


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – DARK Tourism bakal diperkenalkan melalui pengolahan semula Agnes Keith House.

Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata dark tourism atau pelancongan gelap ini semakin popular di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan pelawat.

“Ramai yang teruja dan berminat dengn konsep pelancongan seperti ini.

“Tetapi pelancongan seperti ini sesuai untuk mereka yang berani, jadi individu yang lemah semangat tidak digalakkan untuk menyertainya” tambahnya lagi”, ujarnya.

Datuk Jafry menegaskan nilai dan elemen asal rumah tersebut tidak akan dihapuskan dengan pengolahan dark tourism tersebut, namun usaha ini akan menerapkan aprisiasi terhadap sejarah Agnes Keith House.

Walaubagaimanapun, usaha dalam pengolahan dark tourism tersebut terpaksa dihentikan seketika kerana mendapat kritikan daripada bekas Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Christina Liew.

Dark tourism bukan trend pelancongan di Malaysia. Mempromosikan hantu atau perjalanan berkaitan hantu bukanlah satu trend di Malaysia.

“Lagipun, siapa yang nak datang ke Sabah kalau cuma untuk menginap di muzium rumah yang bersejarah?”, jelasnya.

Berikutan komen yang diberikan, Datuk Jafry Ariffin menunda projek tersebut dan mengarahkan pihak muzium untuk menyemak semula pelan mereka. 

Ini kerana beliau mengambil kira pendapat dan pandangan daripada mereka yang berada di dalam industri pelancongan.

Rumah berusia lebih 70 tahun itu terkenali sebagai salah satu tarikan pelancong di Sandakan, dimana elemen seram selalu diterapkan sebagai salah satu pengalaman apabila mengunjungi destinasi tersebut.

Agnes Keith menetap dirumah tersebut bersama suaminya, Harry Keith dan George sekitar tahun 1940-an. Sepanjang tempoh mereka disana, Agnes merekodkan detik – detik beliau melihat benda aneh atau mistik, salah satunya adalah apabila Agnes melihat seorang perempuan tinggi membawa bayi yang mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya.

Pengalaman mistik yang dialami Agnes direkodkannya dalam bentuk nota dan dipamerkan di rumah tersebut pada hari ini, menjadikannya salah satu elemen menarik bagi pengunjung – pengunjung rumah tersebut.

-- Cerita Borneo | The Vibes | Wide TV