admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– KEMPEN Jejak Prihatin bersama anjuran Skuad Antidadah Daerah Sandakan, Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan serta Gerak Borneo membantu
golongan asnaf di sekitar Sandakan, semalam.
Dengan
sumbangan penuh UstazUstazah.com, kempen tersebut berjaya menjejaki 200
keluarga untuk diberikan bantuan barangan keperluan asas agar dapat
mengurangkan sedikit beban dari keluarga-keluarga yang terlibat.
Lokasi pertama yang dikunjungi ialah Kampung Seri Manis, Gum Gum dimana 25 bakul makanan diagihkan kepada 25 keluarga yang memerlukan.
Salah
satu penerima bantuan Kampung Seri Manis, M.Basri mengucapkan terima kasih semasa
diberikan barang keperluan asas dengan nada terharu.
“Terima
kasih banyak ya”, ujarnya berkali-kali.
Menurut
penduduk kampung, M.Basri menetap dibelakang Surau Ash-Shofiyah hampir setengah
tahun.
Seorang
lagi penerima bantuan di kampung tersebut, Zakiah ibu kepada Ramlah, yang
merupakan anak Orang Kurang Upaya (OKU).
Di
lokasi kedua, iaitu Kampung Batu Putih turut diberikan sebanyak 25 bakul
makanan kepada 25 keluarga dimana 3 daripadanya merupakan warga emas.
Pada
hari kedua, Kempen Jejak Prihatin bergerak ke Kampung Istimewa dan Kampung
Bonggaya Baru, Batu Sapi dengan pemberian lebih daripada 50 bakul makanan
kepada keluarga memerlukan.
Antara
penerima bantuan bekalan asas tersebut adalah lelaki berumur yang dikenali
sebagai Pak Cik, yang menggunakan kerusi roda untuk pergerakan seharian serta
ibu tunggal yang menanggung anak-anaknya.
Ramai
penerima bersyukur dengan pemberian bakul makanan atas sumbangan
UstazUstazah.com, kerana ia sedikit sebanyak meringankan beban yang dipikul dalam
mengharungi era endemik Covid-19.
Turut
dikunjungi untuk pemberian bantuan barangan asas ialah Projek Perumahan Rakyat
(PPR) Gum Gum, Batu 16 dan Kampung Nelayan, Batu 7.
-- Wide TV