admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – PADA 21 September semalam, Wide TV telah membuat sedikit tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Libaran bagi melihat proses pemberian vaksin di sana.
Sepanjang berada di PPV berkenaan, dapat disimpulkan bahawa terdapat ramai orang yang turun untuk
mendapatkan vaksin tanpa mengira tahap umur.
Hal ini menjadi satu
petanda positif apabila PPV yang pernah dilaporkan renggang
ini, kini menerima kunjungan orang ramai untuk di vaksin.
Bedasarkan sumber yang diperoleh Wide TV, terdapat kira – kira 2,000 lebih dos vaksin diberikan setiap hari termasuk golongan remaja bawah 17 tahun.
Wide TV sempat menemu bual salah seorang remaja 17 tahun yang menerima vaksin secara walk-in di PPV berkenaan semalam.
"Saya rasa ini sangat baiklah sebab dapat meningkatkan antibodi remaja, tambahan pula tidak lama lagi akan bersekolah", jelasnya.
Proses pemberian vaksin
di PPV berkenaan dilihat lancar kerana telah dapat mengatasi isu penerima vaksin
berjemur sebelum ini.
Hal ini demikian kerana PPV Dewan Libaran telah menyedikan kerusi yang mencukupi serta
kanopi tambahan bagi memastikan keselasaan masyarakat yang berkunjung ke lokasi berkenaan untuk pengambilan suntikan vaksin.
Terdapat satu kanopi
tambahan di bahagian belakang PPV berkenaan yang digunakan untuk menampung orang
ramai sekiranya tempat duduk di kanopi hadapan penuh.
Namun begitu, Wide TV mendapati kanopi belakang tidak memiliki kerusi, sebaliknya pengunjung perlu berdiri untuk sementara waktu bagi menunggu nombor giliran.
Perkara ini memberikan sedikit rasa tidak puas hati daripada kalangan penerima vaksin ketika berteduh di sana.
Walau bagaimanapun, penolong penyelaras PPV Libaran, Fadzidahtul mengatakan bahawa kanopi berkenaan adalah untuk mengelakkan penerima vaksim berjemur di bawah matahari.
"mereka hanya menunggu untuk sementara waktu sebelum bergerak ke hadapan sekiranya telah ada tempat duduk kosong di kanopi depan", ujarnya.
Salah seorang penerima vaksin berkata dia terpaksa berdiri hampir 40 minit sebelum bergerak ke kanopi depan
"Lepas 40 minit begitu baru bergerak ke depan", ujarnya.
Selain itu, Wide TV juga dapat melihat kurangnya penjarakan sosial dari kalangan penerima vaksin dan ini sangat membinbangkan.
Pihak berwajib hendaklah tegas akan hal ini untuk mengelakkan kemungkinan kenaikan kes di Sandakan.
-- Wide TV