admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – ORANG-orang yang mati kerana penyakit Covid-19, apakah mereka layak untuk mati? Kerajaan negeri mesti menjawab ini! Mesti bertanggung jawab atas kehidupan rakyat!
Demikian
ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N55 Elopura, Calvin Chong menerusi
posting di akaun Facebook miliknya pada Isnin.
Calvin
mengutarakan ketidak-puasan terhadap pengurusan kerajaan negeri dalam
membanteras pandemik dan kesan-kesan yang terpalit dalam kalangan masyarakat
Sabah.
Calvin
berkata kerajaan negeri mempunyai keupayaan sendiri untuk mentadbir tetapi
tidak bertindak dan hanya dapat menyaksikan kejadian wabak di Sabah seperti di
luar kawalan mereka.
Akibatnya,
ramai penduduk Sabah terkorban dari penyakit Covid-19.
“Banyak
keluarga terpukul sedih akibat kematian ahli keluarga kerana wabak ini.
“Adakah
kerajaan Sabah lalai? Bila mereka akan mengambil tanggungjawab penuh untuk
mengawal wabak ini?”, soalnya.
Jelas
Calvin, jumlah kes Covid-19 di Sabah terus meningkat dengan jumlah terkumpul
140,000 setakat 30 Ogos 2021.
“Apa
respon kerajaan negeri Sabah? Tolong beri penjelasan yang jelas dan memuaskan
kepada seluruh rakyat Sabah, dan jangan menghindari tanggungjawab!”, katanya.
Beliau
memohon kerajaan untuk menggunakan sumber daya dan tenaga kerja kedua-dua parti
pemerintah dan pembangkang dalam membanteras rantaian jangkitan wabak Covid-19
untuk kesejahteraan masyarakat Sabah.
Facebook
Page Sandakan Kini berkongsi mesej luahan dari seorang frontliner di hospital
yang menguruskan kes Covid-19 semalam.
Jelasnya,
situasi di hospital Sandakan sekarang amat merisaukan.
- Ramai pesakit covid yg memerlukan oxygen tersadai di bahagian kecemasan 3 hingga 4 hari menunggu sebelum masuk ke dalam ward covid
- Kapasiti bahagian kecemasan hospital kini overflow dan oxygen concentrator sgt diperlukan
- Trend skrg kami amalkan first come first serve utk sesiapa yg memerlukan oxygen. Tong2 oxygen telah habis dan bilangan pesakit yg dapat bantuan oxygen terpaksa dihadkan kepada pesakit yg lebih muda dan bagus kebarangkalian utk sembuh
- Rumah mayat (forensik) skrg overflow dengan mayat2 covid yand menunggu giliran utk dikebumikan
Frontliner
tersebut berharap dengan perkongsiannya, masyarakat dan pihak atasan dapat membuka mata
dengan situasi gawat yang dihadapi petugas kesihatan serta pesakit Covid-19.
Diharapkan semua orang dapat mengikuti SOP dan berjaga-jaga ketika keluar rumah.
-- Wide TV