admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - SAMBUTAN Ulang Tahun Kemenangan UMNO N.52 Sungai Sibuga (1 Tahun) di Markas PDM Tinusa diadakan, Ahad lepas.
Pada sambutan ulang tahun kemenangan itu, turut diadakan Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Jawantankuasa Pembangunan dan Kelelamatan Kampung (JPKK) dan Klinik Perdana Batu 7 Sandakan serta Wide TV sebagai penyiar rasmi.
Berahim Nasip selaku Pemimpim Pembangunan Masyarakat N.52 Sungai Sibuga menyambut baik kerjasama berkenaan, yang menjadi satu inisiatif dan perlu diluaskan di seluruh kawasan Libaran.
JPKK Sungai Sibuga itu menganggap aspek kesihatan menjadi satu perkara yang wajar di bantu oleh media (Wide TV) dan panel doktor (Klinik Perdana).
"Saya akan membawa perkara ini kepada seluruh pengerusi JPKK khasnya di kawasan Sungai Sibuga supaya kita benar - benar dapat implikasikan apa yang telah dirancang demi kebaikan rakyat dan bantu kerajaan hari ini", ulas beliau ketika ditemu bual oleh Wide TV.
Dr. Mohd Azizan yang ditemui juga menyambut baik kerjasama berkenaan.
Jelasnya, beliau selaku panel kesihatan akan cuba untuk membantu masyarakat yang sukar mendapatkan fasiliti kesihatan yang baik atas faktor kenderaan, wang dan lain - lain.
Tambahnya lagi, lokasi Klinik Perdana yang tidak jauh daripada Kampung Tinusa 1 memudahkan lagi pendekatan mereka untuk menyediakan kemudahan kesihatan untuk kesejahteraan penduduk kampung tersebut.
"Yang tidak berkemampuan dan mengalami masalah kesihatan bolehlah ke klinik kami dengan bayaran minimum.
"Tidak ada consultation fees, hanya perlu bayar harga ubat sahaja", Kata Dr Mohd Azizan.
Petugas Unit Dewan Bedah, Uthman Geluling berkata kehadiran Wide TV sebagai rakan media sosial diterima baik ketika program tersebut dilangsungkan.
"Amat menggalakkan seperti yang dilakukan oleh Wide TV.
Satu maklumat dan informasi yang dapat diterima baik, perkembangan ini amat baik dan diterima sepenuhnya", katanya.
--Wide TV