admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– ANTARA pilihan yang ada termasuklah untuk menamatkan kontrak bagi kontraktor
sedia ada.
Demikian
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam lawatan kerja beliau untuk
pemantauan kemajuan pembinaan Hospital Papar.
Menerusi
perkongsiannya di Facebook, pembinaan Hospital Papar baru mencapai 22 peratus
sahaja, sedangkan projek tersebut sepatutnya siap pada tahun lepas.
“Jadi
selepas ini saya akan mengadakan pertemuan bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya
untuk berbincang dan memutuskan langkah yang sewajarnya diambil”, ujarnya.
Jelasnya,
penilaian akan dilakukan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa keputusan
untk mengkasi sebab berlakunya kelewatan pembinaan hospital tersebut.
Tambahnya
lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan membuat keputusan segera berhubung
tindakan yang sepatutnya diambil ke atas kontraktor yang bertanggungjawab ke
atas projek Hospital Papar.
“Sememangnya
Papar memerlukan sebuah fasiliti hospital dengan kapasiti yang lebih besar.
“Hospital
yang sedia ada ini terlalu kecil untuk menampung kes-kes yang datang
mendapatkan rawatan”, katanya.
Khairy
bakal melanjutkan lawatan kerja di Semporna dengan mengikuti aktiviti Program
Outreach Pemberian Vaksin kepada Penduduk Pulau Larapan sebelum bergerak ke
Hospital Tawau.
-- Wide TV