Netizen Malaysia hentam Ukraine

Ukrine raih emas setelah penyertaan Ziyad dibatalkan

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - TINDAKAN kem Ukraine yang melakukan protes pada final lontar peluru F20 memberi petanda bahawa mereka 'mencari pasal' dengan netizen Malaysia.

Susulan protes berkenaan menyebabkan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dibatalkan ditarik semula dan diberikan kepada atlet dari negara mereka.

'Tentera bawang' Malaysia tidak duduk diam dan terus berkerumun dan meninggalkan komen di laman media sosial yang memiliki kaitan dengan negara itu.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan kem Ukraine yang dilihat bertindak dengan tidak profesional.

"Tiada semangat kesukanan atlet Ukraine..Rekod jelas tiada tandingan..Tapi masalah teknikal macam tu hendak dijadikan isu semata-mata nak menang", ulas Affendi Ahmad di ruang komen.

"Pelik!!...perlawanan dah habis...dah pecah rekod dunia, terus kena protes...harap masih ada sinar di Hari Kemerdekaan ini," kata Khairool Kamaruddin pula.

Antara laman sosial yang terkesan adalah laman rasmi negara terbabit, Ukraine UA dan Jawatankuasa Paralimpik Ukraine.

Selain itu, serangan yang dilancarkan netizen Malaysia menyebabkan pejabat kedutaan Ukraine di Malaysia menutup sementara laman Facebook rasminya.

Susulan itu, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo berkata, terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur yang menyebabkan tercetusnya kontroversi tersebut.


Duta Ukraine di Malayasia menutup ruang komen di laman Facebook

Protes daripada kem Ukraine itu adalah dengan alasan Ziyad Zolkefli dikatakan lambat memasuki 'call room' atau bilik persediaan atlet sebelum turun beraksi.

Peserta dari Ecuador dan Australia difahamkan juga menerima protes daripada kem Ukraine dengan isu yang sama dengan Ziyad.

-- Wide TV | SAYA ORANG SABAH