
SANDAKAN - SETELAH Kurniawan Dwi Yulianto dipecat daripada mengemudi pasukan Sabah FC, kelab berkenaan segera memiliki pelatih kepala baru untuk saingan Liga Super musim depan.
Datuk Ong Kim Swee yang baharu sahaja meninggalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima pinangan Sabah FC untuk mengendalikan pasukan tersebut.
Ong Kim Swee pada jumaat lepas, 10 September 2020 telah mengudurkan diri daripada FAM dan surat pengunduran diri beliau telah diserahkan kepada Ketua Setiausaha FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.
“FAM mengucapkan terima kasih kepada Kim Swee atas pengorbanan dan jasanya serta mendoakannya berjahya dalam karier barunya bersama Sabah FC”, kata Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengatakan bahawa beliau meninggalkan FAM bukan kerana masalah dalaman, namun ia kerana disebabkan beliau masih ingin berada di atas padang dan masih ingin melatih pemain dalam dunia bola sepak.
Dikhbarkan bahawa Kim Swee akan langsung mengisi posisi sebagai pengendali Sabah pada 1 Oktober ini.
Keputusan Sabah untuk meminang Kim Swee juga mendapat sokongan penuh daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Presiden SAFA juga percaya bahawa Kim Swee yang pernah bermain untuk Sabah pada tahun 1990-an, dapat mengangkat pencapaian Saddil Ramdani dan rakan - rakannya.
"SAFA selalu mengharapkan kehadiran Kim Swee dan kami percaya dia dapat membina Sabah FC sebagai pasukan yang hebat yang dapat bersaing di pentas bola sepak negara ini," kata Bung Moktar.