Orangutan jalani ujian saringan Covid-19

Saringan Covid-19 di Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok,Sandakan


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – SEBANYAK 30 Orangutan menjalani ujian saringan Covid-19 berikutan kes positif dikalangan penjaga dan kakitangan di pusat pemuliharaan Orangutan di Sabah awal minggu ini.

Ujian saringan tersebut dijalankan di Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok, Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan.

Jelas Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) Augustine Tuuga, ujian saringan tersebut akan diulang dari masa ke semasa sebagai langkah pencegahan bagi memastikan virus Covid-19 tidak menular dikalangan hidupan liar.

“Sekiranya ada sebarang gejala dalam kalangan Orangutan, ujian saringan secara berjadual akan dilakukan.

“Ini kali pertama Orangutan di Malaysia menjalani ujian saringan Covid-19 sejajar keutamaan kita dalam memastikan kesihatan serta kebajikan veterinar hidupan hidupan liar pada tahap terbaik”, ujarnya.

Katanya, inisiatif itu diambil bagi menjamin kesihatan Orangutan tersebut didalam pusat pemuliharaan mereka.

 
Saringan Covid-19 di Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok,Sandakan

Saringan tersebut dijalankan pasukan veterinar yang diketuai oleh Dr. Rosa Sipangkui, Dr. Nabila Sarkawi, dibantu oleh Dr. Mischelenna Samanthan serta Dr. Uma Maheswary Kalamanathan.

Pengerusi Orangutan Appeal UK (OAUK) Datuk Sue Sheward menyokong tindakan pantas JHLS dalam membendung penularan virus Covid-19 dikalangan hidupan liar.

“Orangutan berkongsi 96.4 peratus DNA dengan manusia, jadi sangat penting kita melaksanakan ujian saringan terhadap hidupan liar itu dalam usaha untuk melindungi mereka.

“Begitu juga kesihatan dan kebajikan kakitangan adalah sangat penting kerana mereka terus bekerja sepanjang pandemik bagi menjaga hidupan liarsama seperti sebelum ini”, katanya.

Saringan Covid-19 di Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok,Sandakan

Kesemua 30 Orangutan disahkan negatif Covid-19.

-- Merdeka.com | Utusan Malaysia | Harian Metro