admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– PROSES Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 bermula hari ini secara
berperingkat.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau proses pelaksanaan bantuan
tersebut secara maya, melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 billion.
Menerusi
kenyataannya melalui Facebook, beliau sempat bertanya khabar dengan penerima
BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara dalam talian untuk
memastikan proses pembayaran bantuan tersebut berjalan lancar.
“Dalam sesi itu, saya juga mendapatkan laporan
secara langsung daripada Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Utama
Zafrul Tengku Aziz yang turun padang meninjau sendiri proses pembayaran di BSN
Putrajaya, manakala timbalannya, YB Mohd Shahar Abdullah berada di BSN Triang,
Pahang”, ujarnya.
Jelasnya,
pengagihan BKC bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak
mempunyai akaun akan dibayar secara tunai.
“Saya
berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban Keluarga Malaysia
yang terkesan akibat pandemic Covid-19”, katanya.
-- Wide TV