PPV Dewan Libaran sunyi, kadar peratusan vaksinasi merisaukan

PPV Dewan Libaran lengang, tidak ada pengunjung

NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – KITA perlu lapan puluh peratus adult vaccinated baru kita mencapai imuniti kelompok.

Demikian ujar Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Dewan Libaran dan Dewan Gum Gum, Dr Mohd Azizan bin Abdul Aziz dalam perkongsiannya semasa menghubungi pihak Wide TV.

Dr Mohd Azizan menerusi WhatsApp bersama pihak Wide TV

Jelasnya, statistik kadar vaksinasi di Sandakan adalah yang terendah di negeri Sabah.

Perkara ini amat membimbangkan kerana terdapat tujuh lokasi yang telah disenaraikan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk pengambilan vaksinasi secara walk in bagi warganegara serta bukan warganegara.

 “Dewan Libaran ada 1000 dose walk in, Dewan Gum Gum ada 1000 dos walk in.

“Tak kira warganegara, bukan warganegara dan tiada dokumen semua boleh di vaksin”, ujar Dr Mohd Azizan.

Namun begitu, sambutan amat mendukacitakan terutama sekali di PPV Dewan Libaran dan PPV Gum Gum.

Situasi PPV  Dewan Libaran yang sunyi

Dalam perkongsian Dr Mohd Azizan, tiada orang yang datang ke PPV tersebut walaupun telah mendapat sumbangan khemah untuk keselesaan masyarakat yang ingin mengambil suntikan vaksin.

Terdahulu, Wide TV mengulas keadaan masyarakat setempat yang terpaksa berpanas menunggu giliran untuk mengambil suntikan vaksin di PPV Dewan Libaran.

Jelas petugas Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) yang hanya dikenali sebagai Nizam, beliau menjelaskan keadaan yang terpaksa dihadapi berikutan kekurangan fasiliti di PPV tersebut.

“Memang tidak ada pilihan (terpaksa berpanas) sebab khemah tidak cukup”, katanya.

Masyarakat Sandakan yang ingin mendapatkan vaksinasi boleh terus ke PPV Dewan Libaran dan PPV Gum Gum dengan kadar segera.

-- Wide TV