kurniawan dwi yulianto, bekas jurulatih Sabah FC
SANDAKAN - PRESTASI Sabah FC yang semakin merundum telah membawa kepada pemecatan jurulatih pasukan itu.
Kurniawan Dwi Yulianto dipecat daripada jawatan jurulatih bagi pasukan The Rhinos setelah pasukann itu menunjukkan prestasi yang mengecewakan sepanjang pusingan kedua Liga Super.
Setelah gagal meraih tiga mata penuh dalam tiga perlawanan berturut - turut kerana terikat seri, Sabah FC turut gagal mempamerkan prestasi yang baik setelah tewas kepada Johor Darul Takzim (2-0), Penang FC (0-3).
Kemudian Sabah tewas pula di tangan UITM setelah dibelasah 4 - 0 dan baru - baru ini di tewasa 6 - 0 kepada Selangor di halaman sendiri.
Usai berpisah dengan Kurniawan, pihak pengurusan Sabah kabarnya telah menemukan sosok pelatih baharu dan akan segera mengedali The Rhinos dalam masa dekat.
Menurut laman Vocket FC, bekas jurulatih Harimau Malaya bakal menerima tawaran sebagai jurulatih baharu Sabah FC di sisa musim ini.
Bekas jurulatih kebangsaan yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan surat peletakan jawatan agar beliau segera bergabung dengan Sabah FC.
“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan pengunduran diri sebagai Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee setelah ia menerima tawaran sebagai pelatih baru Sabah FC,” tulis keterangan Vocket FC.
Nama Ong Kim Swee sudah tidak asing lagi dalam dunia bola sepak negara, apa tidaknya jika beliau pernah mengendalikan skuad U-16, U-17, Harimau Muda, U-23 dan Pasukan Kebangsaan.
-- Wide TV | indosport | Vocket FC