SANDAKAN - ISU vaksin di daerah ini tiada habis - habisnya, sebelum ini tular posting berhubung PTI yang tiada dokumen dijemur semasa menunggu giliran vaksinasi dan terbaru PPV di Sandakan menjadi renggang.
Tidak cukup dengan itu, wujud pula tomahan berhubung penerima vaksin bagi golongan bukan warganegara yang tidak berdokumen.
Golongan yang tidak bertanggungjawap mendakwa bahawa golongan PTI yang mengambil vaksin akan diberikan ID khas untuk pendaftaran MySejahtera, sebenarnya bertujuan untuk penangkapan akan datang.
Walau bagaimanapun, ia merupakan tuduhan liar yang tidak berasas kerana ID khas berkenaan adalah untuk memudahkan PTI direkodkan dalam MySejahtera untuk mendapatkan sijil lengkap vaksinasi.
Perkara ini sangat penting agar kita mencapai imuniti kelompok dan manfaatnya adalah kepada semua, seperti yang telah diumumkan kerajaan apabila mencapai imuniti kelompok masyarakat akan dapat masuk ke masjid, premis dan lain - lain dengan mudah dan selamat.
Dr Johari A.B. menyeru kepada mereka yang tidak berdokumen untuk datang ke PPV bagi menerima vaksin dalam satu kenyataan yang dibuatnya.
"Oleh itu kepada semua yang tidak berdokumen, silalah datang ke dewan ppv untuk menerima vaksin bagi keselamatan n kesihatan semua", ulasnya.
-- Wide TV