admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– SEMUA dibuka mulai 16 September, kecuali Taman Pulau Penyu di Sandakan yang
akan dibuka mulai 20 September.
Demikian
ujar Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim dalam satu kenyataan
berkenaan pembukaan semula sektor pelancongan di Sabah, semalam.
Turut
dibuka semula untuk kunjungan pelancong ialah Gunung Kinabalu, Ranau bagi aktiviti
pendakian.
Namun
begitu, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor pelancongan
terhad kepada pendaki yang sudah lengkap divaksin Covid-19 dan berasal dari
daerah yang sama.
Jelas
Dr Maklarin, mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu mesti berusia di antara
12 tahun hingga 70 tahun, selaras dengan SOP fasa dua Pelan Pemulihan Negara
(PPN) bagi negeri Sabah.
“Walau
bagaimanapun, hanya pelawat atau pendaki yang lengkap divaksinasi, tinggal di
daerah yang sama dan berumur di atas 12 tahun serta dibawah 70 tahun dibenarkan
masuk ke destinasi berkenaan dengan had pelawat seramai 100 orang sehari bagi setiap
destinasi”, katanya.
Tambahnya
lagi, Pulau Bohey Dulang di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna dan Stesen
Kimanis, Taman Banjaran Crocker akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
-- My Metro | Wide TV