admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– SABAH adalah lokasi strategik untuk Foreign Terrorist Fighters (FTF) atau
lebih dikenali sebagai pejuang pengganas asing menyembunyikan diri kerana
kedudukannya yang terletak diantara Indonesia dan Filipina.
FTF
yang dihalau oleh pasukan keselamatan negara mereka akan mengambil perlindungan
di negeri Sabah.
Komander Kawasan Keselamatan Khas
Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata FTF memilih
negeri Sabah kerana geografinya yang sesuai sebagai tempat perlindungan serta
persembunyian.
“Bila mereka diserang oleh pasukan
keamanan Indonesia atau Filipina, mereka akan melarikan diri ke Sabah untuk
bersembunyi.
“Namun, keadaan terkawal, kami
bekerjasama dengan rakan sejawat di kedua-dua negara dan berkongsi maklumat”,
ujarnya.
Jelas Ahmad Fuad, FTF yang
bersembunyi di Sabah telah diburu dan ditangkap dimana beberapa dari mereka
telah didakwa di muka pengadilan.
Penolong Profesor International
Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM) Dr Ahmad
El-Muhammady berkata pendatang yang masuk ke Sabah melalui Indonesia dan
Filipina tidak menimbulkan ancaman serius.
“Kehadiran pendatang dari Filipina
dan Indonesia bukanlah perkara baru dan telah berlaku selama beberapa dekad.
“Apabila kita melihat faktor
sejarah, tidak ada sempadan antarabangsa bagi pendatang kerana mereka telah
lama masuk dan keluar dari Sabah untuk berdagang dan mencari pekerjaan.
“Ramai juga yang berkahwin dengan
penduduk tempatan”, tambahnya lagi.
Namun begitu, Ahmad tidak menolak
berlakunya kegiatan jenayah dikalangan pendatang seperti kumpulan Abu Sayyaf.
-- The Sun Daily | Wide TV