Sumandak Sabah anggotai skuad Harimau Malaya

Eva Olivianie skuad Harimau Maalaya Wanita

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SUMANDAK Sabah, Eva Olivianie Antinus menjadi tular setelah beliau berjaya untuk mengikuti Sesi Kem Latihan Pusat Pasukan Bolasepak Wanita Kebangsaan untuk persiapan ke Kejohanan AFC Women's Asian Cup 2022 India Qualifiers.

Eva merupakan anak kelahiran Tambunan, Sabah dan akan menjadi tonggak utama pasukan Harimau Malaya Wanita dalam posisi Midfielder.

Pemain pertahanan berumur 20 tahun itu merupakan tonggak utama dalam pasukan Harimau Malaya Wanita.

Ibu kepada wanita berusia 20 tahun ini, Vella Audry di laman facebooknya berkata;

"Berat hati kasih jalan masa masa sekarang tapi dia bilang ni salah satu impian dia dlm bidang ni", katanya.

Secara umumnya, pemain bertubuh kecil ini telah mula mewakili negara sejak dari kejohanan Malaysia bawah 16 tahun pada tahun 2016.

Skuad Kebangsaan Wanita dijangka akan berlepas ke Palestin seawal 15 September bagi kejohanan tersebut.

Daripada senarai 25 pemain ini, kita hanya akan membawa 23 orang pemain sahaja yang akan kita bawa untuk Kelayakan Piala Asia.

-- Wide TV | Makan Bola | Vella Audry