Khabib kritik gadis gelanggang dalam MMA
MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
Gadis gelanggang dalam dunia sukan MMA atau tinju sudah wujud sejak sekian lama, namun kewujudan mereka kini sering dipertikaikan oleh ramai pihak.
Legenda terhebat sepanjang zaman UFC, Khabib Nurmagomedov merupakan salah seorang individu yang langsung tidak suka dengan kewujudan gadis gelanggang.
“Lihat, saya tidak mahu menyerang sesiapa. Gadis gelanggang sebenarnya orang-orang yang langsung tak diperlukan dalam sukan seni bela diri campuran", kata Khabib dalam satu sidang media.
“Apa fungsi mereka? Saya ada soalan: boleh kamu paparkan setiap pusingan itu di skrin besar sahaja?”, ulasnya lagi.
“Saya rasa mereka merupakan orang yang langsung tak diperlukan dalam sukan MMA. Apa fungsi diorang? Bagaimana?”, tambah Khabib.
Bukan itu sahaja, segelintir peminat juga mengkritik penggunaan gadis cantik dan seksi yang berjalan keliling gelanggang sambil membawa cardboard dengan mengatakan ia adalah idea kuno dan sudah ketinggalan zaman.
Walau bagaimanapun, masih tetap ada peminat yang suka dan selesa dengan hal tersebut dan menganggap ia sebagai penyeri dalam dunia sukan MMA.
Brittney Palmer selaku Ring Girl UFC pula hanya ketawa kerana terhibur dengan kenyataan kontroversi dari Khabib Nurmagomedov berkait gadis seksi di gelanggang MMA.
“Adakah mereka kembangkan sukan ini? Atau adakah mereka membantu orang untuk lihat yang ini pusingan kedua sekarang? Apa yang mereka buat? Tolong beritahu saya”, ulas Brittney.
Posting meme McGregor yang dikongsi Brittney Palmer
Conor McGregor juga menghentam kenyataan dari seteru utamanya itu, dengan beliau memuat naik meme yang menunjukkan Khabib bersama dua otai Ring Girl UFC, Arianny Celeste dan Brittney Palmer.
Brittney kemudiannya berkongsi semula muat naik dari McGregor itu dengan beliau dilihat sangat terhibur.
-- Wide TV | The Sukan | PORTbible
0 Ulasan