admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Yu Yuan mengambil inisiatif untuk mencapai
sasaran imuniti kelompok melalui mobile team dalam masa terdekat.
Pegawai
Penyelaras PPV Dewan Yu Yuan, Nurshahidah Syawadi berkata, pihak mereka sedang
merancang untuk menyediakan servis bergerak dalam pengedaran risalah kesedaran di samping membantu
masyarakat yang memerlukan transportasi untuk pergi ke PPV dengan kolaborasi
Covid-19 Immunisation Task Force (CITF).
“Sekarang
ni kita ada collab dengan CITF dan untuk isu itu (masyarakat yang tinggal jauh
dari kawasan PPV) kita boleh dapatkan nama dan bilangan orang.
“Kita
akan submit dengan CITF untuk aturkan transportation”, katanya semasa ditemu
bual oleh team Wide TV pagi tadi.
Nurshahidah
mengalu-alukan masyarakat Sandakan untuk datang ke PPV Yu Yuan bagi mendapatkan
suntikan vaksin tanpa mengira status warganegara dan dokumen.
“Kami
memberikan jaminan 100 peratus.
“Jangan
percaya dengan berita sebelum ini yang tidak sahih”, jelasnya.
Salah
seorang penerima vaksin, Adrian sempat ditemu bual pihak Wide TV selepas beliau
mendapat suntikan dos pertama.
Adrian
yang berasal dari Batu 10 mengambil suntikan vaksinasi di PPV Dewan Yu Yuan
bersama orang tuanya.
Ujarnya,
Adrian kebetulan lalu kawasan tersebut maka beliau mengambil keputusan untuk
walk in terus.
“Pertama
tadi nervous la, tapi bagi saya nervous tu biasa.
“Pada
orang-orang Sandakan, jangan lupa ambil vaksin untuk jaga kesihatan kita, jaga
keluarga kita dan yang berada di sekeliling kita”, tambahnya lagi.
-- Wide TV