Vaksinasi bergerak di Sandakan utamakan golongan terlantar

Ahli Parlimen P186 Sandakan, Vivian Wong menerusi Faceboonya


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – VAKSINASI bergerak mula beroperasi di Sandakan, servis diutamakan kepada golongan masyarakat yang terlantar, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Program Mobile Vaccination itu merupakan anjuran Pusat Khidmat Parlimen P186 Sandakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Sandakan.

Ahli Parlimen P186 Sandakan, Vivian Wong menyenaraikan kriteria yang layak untuk memohon penyertaan program vaksinasi tersebut menerusi akaun Facebooknya.

“Kriteria untuk mendapatkan vaksinasi adalah seperti berikut -

  1. Golongan terlantar
  2. Warga emas yang kurang upaya bergerak (80 tahun ke atas)
  3. Golongan OKU

Jelas Vivian, penjaga atau pengasuh pemohon Mobile Vaccination boleh membuat pendaftaran di borang yang sama.

Namun begitu, permohonan tidak terbuka untuk mereka yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ahli keluarga mesti memaklumkan kepada pasukan vaksinasi sekiranya mereka bergejala atau kontak rapat bagi tujuan menukar tarikh janji temu vaksin”, ujarnya.

“Tarikh dan pemberian vaksin akan ditetapkan dan dimaklumkan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh vaksinasi”, tambahnya lagi.

Pendaftaran telah bermula dari 8 September 2021.

 Kepada warga Sandakan yang ingin memohon, boleh terus WhatsApp Pegawai Khas Parlimen Sandakan, Cik Szu Ching +6013 651 8823.

-- Wide TV