Van rempuh belakang lori 10 tan, dua maut

Keadaan van pelancongan selepas merempuh lori 10 tan


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – DUA lelaki maut dalam kemalangan jalan raya apabila van pelancongan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori 10 tan, semalam.

Pemandu, Muhammar Ghadafi Abdul Gafaf, 38 dan penumpangnya Mohd Ridzuan Madarup, 42 meninggal di tempat kejadian, di Simpang Estate Kertam, Jalan Kinabatangan akibat mengalami kecederaan parah.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berikutan insiden tersebut kira-kira 11.30 malam.

Jelasnya, enam anggota bomba bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari van pelancongan

Namun begitu, Pegawai Perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi yang diketuai oleh PBK II Sutijo Salamat itu berjaya ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 12.23 pagi tadi”, ujarnya.

-- Utusan Borneo | Wide TV