Warga Sandakan Patriotik

 

Sosial Eksperimen di Sejati Ujana

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEMPENA sambutan Hari Malaysia 16 September semalam, Wide TV telah menjalankan satu sosial eksperimen di Mydin Sejati Ujana.

Sosial eksperimen yang dijalankan oleh Wide TV untuk melihat reaksi dan tindakan warga Sandakan ketika mendengar lagu kebangsaan secara sepontan.

Amat membanggakan apabila hasil yang diperoleh Wide TV membuktikan warga Sandakan memiliki sikap partiotisme di dalam diri.

Berdasarkan pemerhatian dari Wide TV, rata-rata pelanggan di dalam Mydin berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dipasang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir yang tidak ambil peduli ketika lagu kebangsaan berkumandang serta melihat orang-orang di Mydin berdiri dengan tegak dan mereka hanya berjalan seperti biasa.

Encik Syafiq selaku mall in charge mengatakan bahawa pelanggan mereka di Mydin sangat menunjukkan sikap patriotisme ketika lagu kebangsaan dimainkan oleh beliau, namun beliau mengakui terdapar segelintir orang tidak peduli.

"Semasa saya pasang lagu kebangsaan, nampaklah ramai yang terus bediri tegak dan ada juga apila melihat orang lain berdiri tegak baru mereka ikut", kata Syafiq ketika ditemui.

"Terdapat juga yang tidak peduli ketika lagu kebangsaan itu dimainkan dan kebanyakkan mereka yang baru saja masuk Mydin mungkin mereka belum dengar dari luar dengan lebih jelas ketika saya pasang lagu tu", ulasnya lagi.

Menurut mall in charge berkenaan, apa yang dilakukan Wide TV sangat menarik dan bertepatan dengan sambutan hari Malaysia malahan aktiviti sebegini tidak pernah dilakukan di Sandakan.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan