admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– SERBUAN ini menemukan ratusan minuman keras dan rokok tanpa cukai dengan
nilai keseluruhan lebih RM 84,000.
Demikian
ujar Komander Bridged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias
tentang serbuan di Kampung Gambaran 1, Jalan Telupid - Sandakan, semalam.
Serbuan
sekitar pukul 2 petang itu disertai pasukan Tiger Platun Batalion 15 PGA dan dilaksanakan
selepas taktik berselindung di sebalik perniagaan menjual khinzir untuk menjual
arak dan rokok seludup dihidu pihak berkuasa.
Abdul Rani berkata, pihaknya menahan seorang lelaki
warga asing berusia 24 tahun, dipercayai penjaga premis dan menemukan beberapa
karton rokok dalam serbuan pertama.
“Siasatan
lanjut kemudian membawa pasukan serbuan ke sebuah stor dan rumah dua tingkat
di kawasan berhampiran berdasarkan pandu arah suspek,” jelasnya.
Tambahnya,
suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran
untuk tindakan lanjut.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957.
-- Utusan Online | Wide TV