DG Pet Shop bagi barang dapur

 

DG Pet Shop Midtown Plaza

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN – JIKA dilihat dari luar, perniagaan DG Pet Shop yang berpusat di Midtown Plaza, Batu 3, jelas sekali sebagai pembekal pelbagai keperluan haiwan peliharaan.

Namun, bagi yang telah lama mengenalinya sudah pasti tahu lebih banyak mengenai apa yang diusahakan di sebalik perniagaan tersebut.

Yang jelas, DG Pet Shop tidak hanya tertumpu kepada apa yang diusahakan ketika ini, sebaliknya turut melaksanakan aktiviti amal membantu golongan yang memerlukan di sekitar daerah Sandakan.

Pemiliknya, Dg Halimah Arasim berkata, perniagaan sememangnya mahukan keuntungan daripada hasil jualan, namun terdapat keuntungan berlipat kali ganda daripada amalan berkebajikan jika dikerjakan seiring.

Dg Halimah berkata, DG Pet Shop menyedari wujud sebilangan besar penduduk di Sandakan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sehingga ada yang terputus bekalan makanan.

Justeru katanya, mereka mengambil inisiatif menggerakkan aktiviti amal dengan menyediakan bakul makanan untuk diagihkan kepada warga Sandakan yang terjejas.


"Hanya sumbangan sedikit mampu kami berikan. Mudah-mudahan daripada yang sedikit ini dapat membantu dan meringankan beban mereka yang betul-betul memerlukan.

"InsyaAllah jika ada rezeki lebih kami akan tambah lagi agar lebih ramai dapat berkongsi," katanya kepada Wide TV.

Menurut Dg Halimah, bantuan bakul makanan itu akan diteruskan setiap bulan dan jumlah bantuan akan ditambah mengikut keperluan semasa.

Katanya, antara kategori penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan cleaner.


Menurutnya, kerjasama yang dibentuk antara DG Pet Shop dengan Wide TV dan Sandakan Viral Kini (SVK) berjaya menyenaraikan penerima bantuan dari sekitar daerah ini.

Ujarnya, agihan bantuan bukan saja dibuat secara 'self pick up' di premis DG Pet Shop, malah turut dibantu oleh pasukan Wide TV Prihatin dengan mengagihkannya terus kepada penerima.

Dua premis DG Pet Shop di Midtown Plaza

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan