Divider Pan Borneo sempit

SandakanKini menerusi Facebook


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – KENAPA itu divider jalan dua hala terlalu sempit? Tapak tiang lampu nyaris-nyaris muat sahaja.

Demikian ujar SandakanKini, laman Facebook Sandakan apabila memuatnaik gambar-gambar terbaru Highway Pan Borneo dari Sandakan Kinabatangan sebentar tadi.

Pan Borneo Sandakan ke Kinabatangan

Difahamkan keadaan pembahagi jalan yang kecil amat merbahaya memandangkan Pan Borneo akan menjadi laluan lori muatan berat.

“Bahaya kepada lori muatan lebar”, tambah SandakanKini.

Beberapa pengguna Facebook turut bersetuju dengan pandangan laman SandakanKini, dengan meninggalkan pendapat mereka di ruangan komen laman Facebook tersebut.

Ruangan komen SandakanKini

“Divider tu lg 1 kenderaan sbelah tbabas konpom sbelah kena trus hancur punya.

“kalau mau save bajet pun jgnla mcm ni”, katanya.

Rata-rata komen di ruangan Facebook tersebut berkongsi pandangan yang sama.


Ruangan komen SandakanKini

“Budget tuk buat jalan sempit sikit.

“Mungkin bajet berkurangan, jadi siapkan yang termampu.

“Bukan isu biasa, tapi mmg nampak x selamat, kurang budget kali, positif saja”, kata mereka.

Terdahulu, projek pembinaan Pan Borneo menghubungkan Tawau dan Semporna tertangguh selama hampir dua tahun.

Projek pembinaan sepanjang lima kilometer bernilai RM 63.77 juta itu kembali beroperasi sejak 30 Julai lepas dan dijangka siap pada Oktober 2022.

-- Astro Awani | Wide TV