Gol menarik Sabah FC berpeluang meraih Anugerah PUSKAS

Gol Park Tea Su tarik perhatian FIFA

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEKALI lagi  Sabah FC menjadi tumpuan dalam arena bola sepak tempatan setelah jaringan melalui sepakan percuma yang mereka hasilkan ketika menentang Petaling Jaya City FC.

Aksi pertama The Rhinos dalam TM Piala Malaysia adalah ketika menentang PJ City Isnin lepas, 27 September di Stadium Petaling Jaya.

Perlawanan berkenaan berkesudahan seri 1-1, namun yang menjadi tumpuan adalah jaringan Park Tea Su yang dihasilkan seawal minit ke-20 dan meletakkan Sabah di hadapan.

Pemain tengah dari Korea Selatan itu membantu skuad di bawah bayu menghasilkan jaringan melalui sepakan percuma pada jarang 40 meter.

Jaringan itu lantas mendapat perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan memuat naik semula video gol tersebut di laman media sosial Twitter rasmi badan berkenaan.

Bukan itu sahaja, satu lagi laman terkenal iaitu Bleacher Report Football turut mengambil langkah sama menerusi laman media sosial rasmi Twitter mereka.

Sebelum ini, Malaysia juga pernah mendapat perhatian dunia dengan jaringan Faiz Subri yang berjaya memenagi Anugerah PUSKAS pada tahun 2016 dalam aksi Liga Super.

-- Wide TV | nadisukan