admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– HAMPIR 100 peratus penduduk berumur 12 tahun ke atas diberi suntikan vaksin
Covid-19 melalui Projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi atau Rapid
Assessment Vaccination Operation (RAVO) ke atas 75 lokaliti di sekitar
Sandakan.
Pegawai
Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr. Johari Awang Besar berkata pihak mereka berjaya
membuat bancian di lokaliti-lokaliti yang padar dengan penduduk, seperti
penempatan atas air serta kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Kawasan
tersebut merupakan fokus projek Revo sepanjang 4 Oktober 2021 sehingga 19
Oktober 2021 lepas berikutan rekod kematian Covid-19 sebelum ini.
“Dalam
tempoh tersebut, RAVO telah dilaksanakan di 75 lokaliti dengan 33,266 orang
daripada 43,300 penduduk keseluruhan telah divaksin”, ujarnya.
Jelas
Dr. Johari, projek RAVO membawa hasil menggalakkan walaupun Sandakan masih
tersenarai diantara daerah yang mempunyai kadar vaksinasi terendah di Sabah.
Tambahnya,
projek tersebut yang diilhamkan oleh Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Rose
Nani Mudin akan diteruskan di lokaliti berbaki 525 lokaliti sekitar daerah
Sandakan.
Menurut
Dr. Johari, antara sebab statistik kadar vaksinasi Sandakan rendah adalah
kerana terdapat penduduk yang mengambil suntikan vaksin di luar daerah
Sandakan, namun tidak termasuk didalam rekod data Sandakan.
Katanya
lagi, data kadar vaksinasi berdasarkan denominator sedia ada tidak mencapai 60
peratus, namun bancian menunjukkan peratusan itu telah pun dicapai di Sandakan.
-- BERNAMA | Sabah Post | Wide TV