Harimau Borneo bakal lonjak prestasi Sabah

Datuk Bung Mokhtar Radim, Predisen SAFA

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - Wide TV terlihat satu posting menarik di kumpulan Facebook yang mengatakan bahawa Sabah memerlukan satu pasukan bola sepak yang baharu.

Menurut kenyatakaan yang dikongsikan Samsia Awang melalui kumpulan Facebook Sabah FC Fan;

"Tolong wujudkan team bola sepak HARIMAU BORNEO di Sabah", katanya dalam perkongsian berkenaan.

Bukan itu sahaja, dalam kenyataan itu juga turut disebut berhubung pemain dalam pasukan itu hendaklah 100% pemain asal Sabah.

"Semua pemain mestilah asal Sabah", ulasnya lagi.

Wide TV sangat tertarik akan kenyataan ini dan bersetuju sekiranya Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mewujudkan satu lagi pasukan bola sepak dan kesemua pemain berasal dari Sandakan.

Perkara sedemikian akan mampu mencungkil bakat-bakat baharu warga Sabah untuk memajukan sukan bola sepak di negeri ini dan seterusnya mengemabalikan zaman kegemilangan Sabah FC satu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, Sabah FC yang menjadi skuad utama pasukan Sabah akan mampu memperkuatkan bariasan pemain sekiranya dapat meyerap beberapa pemain yang berpotensi di dalam pasukan Sabah yang kedua.

Hal ini dapat kita lihat daripada beberapa pasukan yang ada di arena bola sepak tempatan seperti  Johor Darul Ta'zim, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak.

-- Wide TV