admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – "MANUSIA pencipta dadah syabu, harus menanggung risikonya.
"Pengedar dan penagih sepanjang masa berlaku di mana-mana sahaja."
Demikian
ujar pengguna Facebook, Michael Madusin yang meninggalkan komen di ruangan
laporan berita jenayah berkenaan ibu tunggal yang dijatuhi hukum mati atas
kesalahan mengedar dadah.
Hakim
Mahkamah Tinggi, Alwi Abdul Wahab menjatuhkan hukuman mati mandatori terhadap
seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak selepas beliau didapati bersalah
memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.
Hairun
Jalmani, 55, yang juga penjual ikan dibicara di Mahkamah Tinggi Tawau pada
Jumaat lepas dimana pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,
Mohamed Ali Imran berjaya mewujudkan kes prima facie, manakala pihak pembelaan
yang dikendalikan peguam Darmin Acho gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Tertuduh
didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak
bernombor di Kampung Pangkalan Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau pada jam 5.30
petang, 10 Januari 2018.
Mengikut
fakta kes, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya
1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika
disabit kesalahan.
Pihak pendakwa menampilkan empat saksi manakala pihak pembelaan menampilkan dua saksi, termasuk tertuduh sendiri sepanjang prosiding pendakwaan.
-- Sabah Post | Awani