UMK (depan, kanan) menerima geran tanah wakaf MTNQDI daripada Hjh Sopiyah sambil disaksikan Ustaz Romzi (kanan), Suhaimi (tengah, belakang) & Faridah (tiga, kiri).
AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
amrullah@semarakniaga.com.my
GUM-GUM - LEBIH 500 huffaz bakal lahir di bumi Sandakan apabila Kompleks Aisynaufal Maahad Tahfiz Nurul Quran Darul Ilmi (MTNQDI) di Kampung Bim Bim, siap sepenuhnya dalam masa terdekat.
Bakal huffaz itu akan mendapat pendidikan dan merasai suasana pengajian al-Quran yang lebih kondusif dengan prasarana lengkap di kompleks tahfiz yang dibangunkan di atas tanah wakaf seluas lebih lima ekar.
UMK
Pengerusi MTNQDI, Ustaz Muliadi Kasimin (UMK) berkata, kompleks MTNQDI akan dilengkapi dengan bangunan utama yang menempatkan pusat pentadbiran, bilik mesyuarat, bilik guru, dewan kuliah dan kafetaria.
Beliau berkata, kompeks tersebut juga mempunyai bangunan asrama, pusat rekreasi dan riadah, padang sukan, lapang sasar memanah, gelanggang berkuda serta kawasan pertanian dan penternakan.
Antara pelan bangunan yang telah siap.
"Pelan pembangunan kempleks ini kita sudah buat bersama rakan konsultasi kami Semarak Niaga.
"InsyaAllah (akan direalisasikan), kami telah atur pelannya, tinggal lagi kita harus majukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Rasmi Geran Tanah Taman Ar-Raudah Sapiyah & Kompleks Aisynaufal MTNQDI, Ahad lalu.
Pelan bangunan utama & dewan.
Penyerahan geran disampaikan sendiri pewakaf, Hajah Sapiyah Amid sambil disaksikan tetamu jemputan utama.
UMK ditemuramah media.
Mulyadi yang juga Imam Kariah Masjid Nurussyakirin, Bandar Indah Jaya berkata, semua pelajar MTNQDI yang kini menuntut di pusat tahfiz itu di Taman Seri Labuk, Jalan Kampung Melayu, Batu 8 akan berpindah ke kompleks baharu setelah siap sepenuhnya kelak.
"Lokasi maahad tahfiz sekarang berada di kawasan taman perumahan dan dari segi keluasan memang terhad dan terbatas untuk melakukan aktiviti.
"Semakin hari pelajar akan bertambah dan setakat ini baru ada 20 pelajar, namun sudah tidak dapat menampung kemasukan pelajar baru.
"Sedangkan kita membuka ruang kepada semua anak-anak dari sekitar Sandakan belajar di pusat tahfiz kami," ujarnya.
Suhaimi (depan) bersama Romzi menebas rumput sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.
Terdahulu, serentak pada majlis tersebut berlangsung penyerahan geran tanah wakaf perkuburan, Taman Ar-Raudah Sapiyah yang berkeluasan 5.2 ekar.
Suhaimi dalam pada itu berkata, kerja-kerja pembersihan tanah perkuburan dan pembinaan prasarananya akan dilakukan bersama penduduk setempat.
Menurutnya, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan JHEAINS sebagai pihak pemilik tanah wakaf tersebut juga akan sentiasa bersama dalam membangunkan tanah perkuburan itu.
-- Wide TV
0 Ulasan