Alden Martinez
| Biar sedikit... asalkan sudah bermula.
amrullah@semarakniaga.com.my
#SANDAKAN - SEMARAK Niaga Team memulakan aktiviti khidmat sosial dengan membersihkan sampah sarap di sekitar Pantai Pasir Putih.
Biarpun khidmat dilakukan amat sedikit bilangan pesertanya dengan skala yang agak kecil, namum sekurang-kurangnya 'kami sudah mulakan'.
Ketua Pegawai Eksekutif Semarak Niaga, Alden Martinez berkata, permulaan itu sesuatu yang baik dan akan diteruskan dari masa ke semasa, di samping perancangan serta kaedah pembersihan lebih komprehensif.
"Kami sudah mulakan, biarpun hanya 11 kakitangan tapi kami percaya permulaan yang sedikit ini pasti akan membawa penyertaan yang ramai jika komuniti sedar.
"Tanggungjawab menjaga dan membersihkan kawasan perkelahan, riadah dan pusat tumpuan ramai sebegini perlu ada dalam diri setiap warga Sandakan.
"Jika tidak, usaha sekecil begini apatah lagi sebesar mana sekali pun pasti tidak akan membuahkan hasil diharapkan (tetap kotor)," katanya kepada Wide TV.
Semarak Niaga Team
Menurut beliau, sepanjang berada di kawasan pesisir pantai tersebut, orang ramai tidak putus-putus datang dan bersilih ganti sehingga lewat petang.
Menurutnya, itulah kawasan utama tumpuan pengunjung terutama warga Sandakan untuk berkelah dan beriadah.
Namun katanya, malang sekali apabila setiap daripada mereka tidak dapat menikmati keindahan dan wajah sebenar Pantai Pasir Putih hanya disebabkan persekitarannya kotor.
"Hampir semua kawasan ada sampah, tidak kira bersepah, berlonggok, terbenam di tanah dan pasir pantai mahupun hanyut bersama pasang surut air laut.
"Apa yang saya kesali apabila keadaan begini tidak pernah berubah sejak dulu lagi. Maknanya, tiada usaha kongkrit dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Maaf cakaplah, memalukan. Lebih-lebih lagi kita bakal menuju taraf bandaraya," ujarnya.
Alden yang juga Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Sandakan berkata, bagi memastikan usaha pembersihan dan pengekalan persekitaran pantai yang bersih, beliau bakal mengembangkan inisiatif seumpama itu dengan membawa bersama seluruh sukarelawan antidadah.
Katanya, sukarelawan antidadah membawa mesej bersih dan sejahtera.
Justeru, beliau percaya skuad antidadah mampu menggalas tanggungjawab tersebut bersama-sama.
-- Wide TV
0 Ulasan