Liverpool aibkan Man Utd di laman sendiri

Manchester United dipermalukan di depan penyokong sendiri

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - Liverpool berjaya mengaibkan Manchester United di Old Trafford semalam untuk saingan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berjaya meledakkan 5 gol sekaligus melumpuhkan hasrat Man Utd untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri.

Mohamed Salah menjadi man of the match dalam perlahwanan semalam ditambah lagi jaringan hatrik daripada beliau untuk kemengangan selesa Liverpool. 

The Reds tidak berdepan kesukaran mencari ruang unutk menembusi gawang United, hasilnnya jaringan terhasil menerusi Naby Keita dan Diogo Jota sebelum Salah meledak dua gol dan menyebabkan United ketinggalan empat jaringan dalam separuh masa pertama.

Salah melengkapkan hatrik dalam separuh masa kedua, United memperoleh kad merah akibat terjahan yang dilakukan Pogba terhadap Keita.

Liverpool sehingga kini belum lagi mecatatkan kekalahan setelah 21 perlawanan sedangkan United terpaksa meratapi kekalahan terburuk di tempat sendiri.

Wide TV juga mendapati terdapat ramai penyokong United yang masih koyak sejak semalam.

-- Wide TV