admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– SELEPAS kluster majlis pengebumian di Kampung Alab Senagang, Tenom, kini
muncul pula kluster disebabkan oleh majlis sambutan hari jadi di Kampung
Kimolohing, Ranau.
Majlis
sambutan hari jadi di kampung tersebut mencetuskan kluster komuniti Covid-19
terbaru di Sabah.
Jurucakap
Covid-19 Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kluster tersebut tercetus melalui
majlis hari jadi kes indeks (seorang penduduk kampung tersebut) yang dihadiri
keluarga dan sahabat.
“Sambutan
hari jadi itu diadakan di rumah ahli keluarga lain yang dihadiri oleh kes
indeks”, ujar Datuk Masidi.
Beliau
yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata daripada
kluster tersebut, sebanyak 49 individu telah disaring dan disahkan positif
Covid-19.
Terdahulu,
Kluster Kampung Alab Senagang merekodkan 50 individu disahkan positif Covid-19
daripada 88 penduduk yang disaring.
Masyarakat
diingatkan untuk sentiasa mematuhi standard of procedure (SOP) dan
peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk kesejahteraan semua pihak.
-- AWANI | Wide TV