Mo Salah terhebat dalam dunia bola sepak hari ini

Aksi Mohamed Salah setelah menjaringkan gol

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - RATA-rata peminat bola sepak masa kini mengakui bahawa Mohamed Salah Ghaly adalah pemain terhebat dalam dunia bola sekarang.

Hal ini kerana prestasi yang cemerlang yang ditunjukkan pemain asal Mesir ini sepanjang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama pasukan Liverpool.

Terbaru, aksi Mo Salah ketika bertemu Manchester City membuktikan yang beliau sememangnya pemain terhebat dalam dunia bola sepak masa kini.

Beliau telah mempamerkan persembahan yang sungguh luar biasa dan menakjubkan sekaligus membantu Liverpool mengikat City 2-2 melalui jaringan yang dihasilkan olehnya.

The Egyptian King itu berjaya mencatatkan statistik yang mengagumkan ketika bertemu Man City baru - baru ini, dan tidak hairanlah mengapa ramai menganggap beliau pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Pep Guardiola selepas tamat perlawanan berkenaan berkata bahawa ia tidak pernah melihat aksi yang ditunjukkan Sallah dan selayaknya menjadi pemain terhebat bola sepak hari ini.

“Dia selayaknya menjadi pemain sayap terhebat yang pernah muncul dalam liga ini dan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini”, ujar Pep Guardiola.

“Saya tak rasa ada mana-mana pemain dalam dunia bola sepak hari ini sehebat Mo Salah", jelas Jamie Carragher pula bagi memuji pemain sayap Liverpool itu.

Pada aksinya menentang City baru - baru ini, Salah berjaya melengkapkan 84% hantaran sempurna, 2 kali mencipta peluang, satu assists, 3 percubaan, menjaringkan satu gol, melakukan lima gelecekan sempurna dan turut melakukan empat tackle sempurna.

-- Wide TV | The Sukan