admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – MAAHAD Tahfiz Nurul Quran Darul Ilmi meraikan sambutan Maulidur Rasul, semalam.
Anjuran
Sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H dijayakan dengan kerjasama Semarak Niaga dan
Pusat Rawatan Islam Aura Zikrullah Barokah Selawat Sandakan (AURAZS), bertempat
di Maahad Tahfiz Nurul Quran Darul Ilmi (MTNQDI) Hafizah, Sandakan.
Program tersebut dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Tahlilan oleh Hafiz serta Hafizah MTNQDI.
Program
seterusnya diisi dengan ceramah agama sempena Maulidur Rasul yang disampaikan
oleh Alfadhil Ustaz Imran Algerik, selepas Majlis Bacaan Maulid Ad-Diya Ullami
yang dipimpin oleh Ustaz Sulaiman Maluddin selesai.
Sambutan
tersebut diakhiri dengan ucapan dari Pengerusi MTNQDI, Ustaz Mulyadi Haji Kasimin
(UMK) yang juga Imam Kariah Masjid Nurussyakirin, Taman Indah Jaya.
Salah
seorang tenaga pengajar MTNQDI, Rosli bin Abdul Latif menyeru masyarakat untuk
menghulurkan sedikit bantuan berupa infak wang tunai untuk menggerakkan
pembinaan kompleks madrasah di Kampung Gum Gum, Batu 16, Sandakan.
“In
shaa allah daripada hasil sumbangan pihak anda, maka akan terbina sebuah
kompleks madrasah atau maahad tahfiz yang lebih selesa bagi keseluruhan pelajar.
“Semoga
sumbangan anda memperhalusi dan mempercepatkan lagi proses pembinaan,” ujarnya.
Kompleks
madrasah tersebut akan menempatkan lebih kurang 100 pelajar yang terdiri daripada
hafiz dan hafizah MTNQDI.
Turut
hadir ke majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Semarak Niaga Holding Sdn Bhd (Semarak
Niaga), Alden Martinez.
Terdahulu,
UMK menjalin kerjasama dengan Semarak Niaga untuk menggerakkan aktiviti dakwah
dan pengurusan pembinaan kompleks madrasah yang lengkap untuk hafiz dan hafizah
MTNQDI.
Jelas
UMK, institusi pengajian al Quran di negara ini mempunyai keterbatasan di
beberapa aspek, termasuk pusat pembelajaraan yang lengkap dengan prasarana yang
diperlukan.
"Sebab itulah kita menjalin usahasam ini bersama Semarak Niaga dengan harapan segala hasrat serta perancangan MTNQDI ke arah memiliki sebuah komplels maahad tahfiz yang semputna dicapai," katanya.
-- Wide TV