Pemain sekarang tidak perlu media sosial

Phil Jone tidak aktif dalam media sosial

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones telah bercakap tentang cabaran pemain muda pada hari ini, tentang bahana media sosial.

Jones mendedahkan bagaimana teruknya kebencian dan toksik di media sosial menjadi faktor beliau tidak memuat naik apa-apa di media sosial miliknya sejak tahun 2017.

Pemain cebtre-back itu juga menyatakan bahawa cabaran pemain muda masa kini sangat mudah terdedah dengan sikap toksik melalui media sosial.

“Setiap pemain bola sepak ada label dia sendiri yang dilabelkan oleh peminat, dan sayangnya label saya adalah, mari kita ketawakan dia", katanya ketika ditemu bual.

"Tapi, biar saya katakan ini dengan cara paling sopan, saya tahu siapa yang akan ketawa besar pada akhirnya", ulasnya lagi

Jones antara pemain paling teruk di ganggu di media sosial seperti Twitter dan Facebook, dan beliau turut mendedahkan tentang mengapa beliau memutuskan untuk meninggalkan media sosial.

Walau bagaimanapun, beliau tidak teragak-agak untuk membahaskan tentang segala kritikan dan hinaan yang beliau terima di media sosial, ketika dalam satu temu bual bulan lalu.

-- Wide TV | The Sukan