admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– RAIH tontonan hampir 80 ribu dalam masa 24 jam, polis mencari beberapa
individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di Bandar Indah, 26 Oktober lalu.
Video
pergaduhan itu mendapat perhatian orang awam serta pihak berkuasa selepas
dimuat naik di laman Sandakan Viral Kini, dengan hampir 800 kongsian serta
lebih 300 komen dari pengguna Facebook.
Ketua
Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata pihak polis menerima maklumat
tentang pergaduhan tersebut sekitar 10.15 malam.
Jelasnya,
pihak polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat, namun mereka
mendapati kawasan tersebut telah dikosongkan.
“Siasatan awal mendapati kira-kira tujuh orang terlibat dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.
“Mereka yang terlibat juga disyaki
mabuk,” katanya pada sidang media di sini, rabu.
Dapat dilihat dari video yang
tular, pergaduhan tersebut menyebabkan kerosakan pada sebuah restoran
berhampiran tempat kejadian.
Mereka yang mempunyai maklumat
boleh menghubungi pegawai penyiasat, Insp Michael Goh di 016 874 1216.
-- Daily Express | Sandakan Viral Kini | Wide TV