Program House Call anjuran Klinik Perdana untuk pesakit memerlukan

Dr. Mohd Azizan semasa ditemu bual Wide TV


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – KLINIK Perdana menjalankan program house call bagi pesakit yang tinggal di Kampung Tinusa 2, semalam.

Wakil Klinik Perdana, Dr. Mohd Azizan Rahayu berkata program tersebut sudah menjadi kebiasaan petugas kesihatan yang bertugas di klinik tersebut.

“Memang dari dulu kita (Klinik Perdana) ada jalankan program house call atau house visit, dimana kita datang ke rumah pesakit yang memerlukan”, ujarnya.  

Beliau yang juga Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Dewan Libaran dan Dewan Gum Gum menjelaskan keperluan program tersebut untuk memberi khidmat nasihat bagi pesakit yang berada dibawah jagaan keluarga.

“Harini pesakit strok,kita bagi khidmat nasihat tentang penjagaan ubat, pesakit, makanan dan sebagainya.

“Ini antara praktis yang Klinik Perdana dah buat sepanjang hampir tiga tahun kami bertapak di sini”, tambahnya.

Dr. Mohd Azizan semasa program Sambutan Ulang Tahun UMNO N.52 Sungai Sibuga

Dr. Mohd Azizan berkata program ini merupakan kesinambungan persetujuan Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tinusa 1 bersama Klinik Perdana Batu 7 semasa program Sambutan Ulang Tahun UMNO N.52 Sungai Sibuga, ahad lepas.

“Kita (Klinik Perdana) dah menandatangani MOU dan kita akan bantu masyarakat di Sg Sibuga terutamanya”, katanya.

-- Wide TV