Sabah beralih Fasa 3, institusi pendidikan kembali beroperasi

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri yang beralih ke fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dikeluarkan melalui kenyataan media KPM yang diwar warkan di akaun Facebook Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah, semalam.

Melalui kenyataan tersebut, KPM menjelaskan keperluan pengoperasian semula institusi pendidikan dibawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu yang akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

Sehubungan itu, Sabah yang akan beralih ke Fasa 3 PPN akan memulakan pengoperasian institusi pendidikan bermula 1 November 2021.

Institusi pendidikan yang terlibat ialah;

  1. Murid prasekolah
  2. Murid Bekeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas
  4. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
  5. Program Pendidikan Khas Integrasi
  6. Tingkatan 6 Semester 2
  7. Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia
  8. Kelas peperiksaan awam di sekolah asrama penuh
  9. Sekolah harian
  10. Sekolah swasta
  11. International Baccalaureate Diploma
  12. Kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, Australia Higher School Certificate & IBD)

Terdahulu, Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun mengumumkan peralihan Sabah ke Fasa 3 PPN bermula 18 Oktober 2021 melalui akaun twitternya, jumaat lepas.

Datuk Masidi Manjun melalui akaun Twitternya, jumaat lepas

Jelasnya, trend kumulatif jangkitan menunjukkan penunuran dalam tempoh 14 hari, namun agak sukar untuk meramalkan trend perubahan kes bagi daerah-daerah di Sabah dalam masa terdekat.

-- Awani | MKN Sabah | KPM