admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - SABAH FC akan meneruskan saingan bagi perlawanan ketiga Kumpulan D bagi saingan TM Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini.
The Rhinos akan menerima kunjungan Johor Darul Ta'zim yang kini berada di kedudukan teratas Kumpulan D.
Sabah perlu memberikan prestasi terbaik malam ini bagi menjamin slot mereka ke peringkat kalah mati walaupun harus bermain tampa kehadiran Saddil.
Sabah terpaksa melupakan sementara khidmat pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani kerana kecederaan pangkal paha (Groin) yang dialami beliau semakin serius.
Perkara ini disahkan oleh pakar bedah ortopedik Hospital KPJ Damansara, Dr Gan Eng Cheng.
"Saddil perlu mendapatkan rawatan susulan dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya 3 bulan atas nasihat doktor", kata Pengurus The Rhinos, Marzuki Nasir.
Katanya pihak pengurusan amat mengharapkan agar Saddil dapat segera pulih 100% untuk menghadapi saingan Liga Super 2022.
Marzuki berkata walaupun ketiadaan Saddil menjejaskan sedikit perancangan Sabah FC dalam kempen Piala Malaysia namun apa yang penting Saddil dapat pulih seratus peratus.
-- Wide TV | @officialsabahfc