Sandakan - amaran ribut petir

MetMalaysia menerusi akaun Facebook mereka


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri, sebentar tadi.

MetMalaysia melalui akaun Facebook mereka menyenaraikan negeri-negeri yang terlibat, iaitu Perak, Pahang, Terengganu dan Johor bagi Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak didalam amaran ribut petir yang dikeluarkan pukul empat petang tadi.

Daerah-daerah yang terlibat di negeri Sabah ialah kawasan pedalam, pantai barat serta Sandakan, Tawau dan Kudat.

Semalam, MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di negeri Sabah juga dilanda ribut petir.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.

"Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan berhati-hati susulan amaran yang dikeluarkan," jelas MetMalaysia menerusi kenyataan mereka.

-- KOSMO | Wide TV