TERBARU-Pesawat Israel mendarat di Arab Saudi

Pesawat Israel boleh melintasi wilayah Arab Saudi


MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEBUAH pesawat dari Israel dilaporkan telah mendarat di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa lalu menurut laporan daripada KAN News.

Pesawat berkenaan difahamkan adalah pesawat peribadi dari Israil dan menjadi pesawat pertama dari negara haram berkenaan mendarat di Arab Saudi.

Perkhabaran itu muncul sehari selepas pesawat pertama daripada Arab Saudi berjaya mendarat di Israel. 

Pesawat Emirati 737 Royal Jet mendarat di lapangan terbang Ben-Gurion pada Isnin petang, kemudian diikuti pesawat peribadi milik Israil yang mendarat di Saudi pada Selasa.

Walaupun masih tiada penerbangan komersial diantara Arab Saudi dan Israel kerana kedua-dua negara ini tidak menjalinkan sebarang ikatan.

Melalui penerbangan ini, ia menjadi kemajuan besar dalam hubungan Saudi-Israel, kerana kedua-dua negara akhirnya membuka ruang udara mereka antara satu sama lain bermula tahun lalu.

Sebelum pembukaan ruang udara Arab Saudi, pesawat El Al terpaksa mengikuti laluan yang jauh dan berliku untuk ke Mumbai bagi mengelakkan dari masuk ke ruang udara Arab Saudi. Perjalanan itu menambah kira-kira dua jam perjalanan dari Tel Aviv.

Antara negara-negara yang masih melarang pesawat Israel melakukan penerbangan terus atau melalui ruang udara mereka adalah Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Brunei, Iran, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Syria, Tunisia dan Yaman.

-- Wide TV | Infoawam