admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– PENUTUPAN Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Sandakan bermula minggu
hadapan.
Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) mengingatkan warga Sandakan tentang penutupan penuh
PPV bukan kesihatan di sekitar Sandakan melalui makluman yang dimuat naik di
Facebook rasmi mereka.
Jelas
MPS, warga Sandakan yang gagal melengkapkan dua dos vaksin (satu dos bagi CanSino)
tidak dibenarkan untuk memasuki premis perniagaan atau pejabat kerajaan dan
swasta.
Begitu
juga dengan masyarakat Sandakan yang bekerja di mana-mana pasaraya, pasar,
restoran, kedai kopi, gerai dan premis-premis lain yang akan dimaklumkan
Kerajaan Negeri Sabah dalam masa terdekat.
MPS
memuat naik makluman rasmi tentang penutupan PPV bukan kesihatan di Sandakan
bermula 15 Oktober, 2021, jumaat lepas.
Melalui
kenyataan tersebut, dimaklumkan bahawa Dewan Hakka dan Dewan PPR Batu Sapi
sudah menutup PPV mereka sejak khamis lepas.
Manakala
bagi Dewan Yu Yuan, Dewan Tiong Hua, Dewan Gum Gum, Dewan Libaran dan
Masyarakat Bandar akan menutup PPV mereka pada 15 Oktober nanti.
Rata-rata
warga laman sosial menunjukkan reaksi berbaur negatif kerana mereka merasakan
kenyataan yang dikeluarkan amat mendadak, serta memberi masa yang pendek bagi
mereka yang belum mengambil suntikan vaksin.
Seorang
pengguna Facebook, Zaleha memberi pandangan di ruangan komen MPS.
“Nak
tutup pun bagi lah penjelasan d mana orang bole dapatkan suntikan terutama yang
belum dan berminat untuk bersuntik.
Buat
orang bengang dan masalah tergantung begitu sahaja”, ujarnya.
Seorang
lagi pengguna, Intan turut memberi komen.
“Alang-alang
juga kamu nie buat pengumuman tapi gantung!
“Suka
buat masyarakat tertanya Tanya!”, tegasnya.
Bagi penerima vaksin AstraZeneca, tarikh dan lokasi untuk pengambilan dos kedua telah ditukar seminggu lebih awal di Dewan Masyarakat Bandar Sandakan.
-- Majlis Perbandaran Sandakan | Wide TV