UEFA Nations League Final: Sepanyol 1-2 Perancis

Perancis juara UNL 2021


MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - PENENTUAN juara UEFA Nations League (UNL) diantara Sepanyol dan Perancis baru - baru ini berpihak kepada Perancis.

Perancis mara ke final UEFA Nations League (UNL) selepas mencatatkan kebangkitan sensasi ke atas Belgium, Sepanyol pula menumbangkan juara Eropah (Itali) untuk ke perlawanan akhir.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan berakhir seri tanpa jaringan dan diakui sedikit bosan bagi penonton kerana kurang gerakan menarik ditunjukkan.

Bersambung babak kedua, aura perlawanan akhir masih tidak dapat dirasai sehinggalah selepas gol pertama terhasil.

Sepanyol mendahului 1-0 melalui hantaran penuh bijak ketua pasukan Sepanyol, Sergio Busquets berjaya mencari Mikel Oyarzabal yang tidak berada dalam situasi offside.

Namun, jaringan tersebut tidak bertahan lama setelah Karim Benzema bangkit untuk Perancis  menyamakan kedudukan.

Benzema mengambil bola di sebelah kiri lalu masuk sedikit ke kotak penalti menjauhkan diri sedikit dari Caesar Azpilicueta sebelum melencongkan bola cantik ke penjuru gawang.

Pada minit ke-80, Kylian Mbappe memastikan kebangkitan penuh sensasi Perancis apabila menjaringkan gol kedua selepas menyempurnakan hantaran Theo Hernandez.

Sepanyol tidak berbuas hati dengan gol berkenaan dengan mengatakan gol yang dihasilkan Mbappe itu adalah offside.

Namun pengadil mengesahkan jaringan tersebut kerana ketika hantaran dibuat Theo Hernandez, Eric Garcia telah melakukan satu geluncuran untuk menghalang dan menyentuh bola sebelum bola itu tiba kepada Mbappe.

-- Wide TV