admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– SINDIKET pengedaran dadah bernilai RM200,000 ditumpas Pasukan Gerakan Am
(PGA) Batalion 20 semasa serbuan di sebuah kondominium di Sandakan, sabtu lalu.
Pegawai
Pemerintah Batalion 20 Beluran, Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed
Mustafa mengetuai serbuan tersebut dimana tiga individu serta 2,676.9 gram dadah
syabu ditahan semasa serbuan kira-kira pukul 9 malam.
Turut
dirampas, wang tunai berjumlah RM130,680.
Serbuan
tersebut dijalankan selepas mendapatkan maklumat daripada Asisten Komisioner
Mohamed Rafiq bersama sepasukan polis dari cawangan Task Force risikan Batalion
20 PGA dimana seorang lelaki di kawasan parkir kondominium tersebut ditahan.
Komander
Briged PGA Sabah, Senior Asistan Komisioner Abdul Rani Alias berkata sejumlah
wang tunai bernilai RM80,000 yang disyaki hasil daripada kegiatan penjualan
dadah dijumpai bersama suspek.
Menurutnya,
dua lagi individu ditahan semasa serbuan di rumah kondominium dengan dipandu
arah oleh suspek.
Ketiga-tiga
suspek berusia 29, 37 dan 41 ditahan kerana disyaki menagih dan mengedar dadah.
“Pemeriksaan
lanjut didalam rumah itu menjumpai tiga bungkusan plastik disyaki mengandungi
dadah jenis syabu dengan berat 2,676 gram dadah syabu dianggarkan bernilai
RM200,000.
“Seterusnya
turut ditemui lagi wang tunai bernilai RM50,680”, ujarnya.
Tambahnya
lagi, serbuan ini merupakan rampasan terbesar membabitkan dadah oleh PGA
Batalion 20 Beluran.
“Tangkapan
dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sandakan untuk tindakan
selanjutnya”, jelasnya.
Turut
dirampas mesin pengiraan wang, mesin untuk membungkus, alat penimbang digital,
telefon bimbit, komputer riba dan Toyota Hilux yang dianggarkan bernilai
RM370,680.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
--
Harian | Wide TV