Driver 'mencabul' lapor polis

Gambar & audio berkaitan laporan polis tersebut yang disiar di Wide TV semalam

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - PEMANDU kereta e-hailing yang didakwa mencabul penumpangnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan semalam. 

Pemandu kereta dipercayai jenis Perodua Bezza hitam itu membuat laporan polis susulan penyebaran mesej audio berserta gambar menyerupai dirinya yang dianggap berbaur fitnah. 

Menerusi kertas laporan polis yang tersebar di media sosial, pemandu yang tidak dikenali itu menyedari mesej audio tersebut ketika dia berada di rumah. 

 

Laporan polis dibuat pemandu e-hailing yang didakwa mencabul penumpang

"PADA 17.11.2021 JAM LEBIH KURANG 1500 HRS BERTEMPAT DI RUMAH SAYA YANG BERALAMAT SEPERTI DI ATAS, SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH KAWAN SAYA MELALUI WHATSAPP BAHAWA KERETA SAYA TELAH DI VIRAL DI GRUP WHATSAPP DRIVER GRAB. 

"PESANAN SUARA YANG VIRAL TERSEBUT TELAH MENYEBAR BERITA SUPAYA BERHATI-HATI MENJADI PENUMPANG KERETA SAYA TERUTAMA SEKALI PEREMPUAN. 

"PESANAN SUARA ITU JUGA TELAH MEMFITNAH SAYA MENCABUL ANAK SAUDARANYA YANG TIDAK DIKETAHUI SIAPA," katanya dipetik daripada laporan polis berkenaan. 

Dalam laporan polis tersebut, pemandu e-hailing itu bertindak membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya selain terkesan dengan pandangan serong masyarakat terhadap seluruh keluarganya. 

"SAYA BIMBANG DENGAN KESELAMATAN DIRI SAYA SERTA KELUARGA DAN SERTA ANAK-ANAK KERANA ORANG RAMAI MEMANDANG SERONG KEPADA KAMI SEKELUARGA. 

"SAYA BUAT LAPORAN BIMBANG KESELAMATAN DIRI, KELUARGA DAN UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA SAYA SUPAYA SAYA DAPAT MENCARI REZEKI DENGAN LEBIH SELAMAT," tambahnya. 

Berdasarkan mesej audio tersebut seorang wanita berpesan kepada orang ramai terutama wanita agar berwaspada dengan seorang pemandu e-hailing yang didakwa mencabul penumpangnya. 

Bagaimanapun, tiada maklumat lengkap berhubung penyebar asal mesej tersebut. 

-- Wide TV