Ismail Sabri ketika hadir pada majlis pelancaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Kinabatangan. - Foto Bernama
AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - PROJEK Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur Jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid bernilai RM877 juta, baru saja dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kinabatangan hari ini.
Ismail berkata, projek itu melibatkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer.
Katanya, skop projek tersebut melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu, dan satu persimpangan bertingkat.
“Apabila siap kelak, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat kepada penduduk,” katanya ketika berucap melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.
-- Bernama | Sinar Harian | Wide TV
0 Ulasan