admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - Mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui di Kampung Semawang Batu 19 tengah hari tadi.
Mangsa sebelum ini dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam laut setelah bot yang dinaikinya terbalik di kampung berkenaan.
Mayat mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 400 meter dari lokasi bot itu terbalik, pada jam 12.18 tengah hari tadi
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah berkata, Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan terus bertindak membawa mangsa ke kawasan tepi pantai sejurus dimaklumkan mengenai penemuan itu.
Mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis.
"Mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 400 meter dari loksi bot terbalik", katanya hari ini.
"Operasi mencari dan menyelamat kemdian ditamatkan sepenuhnya kira-kira 1 tengah hari tadi" Tambahnya lagi.
Terdahulu, mangsa bersama tiga individu lain dikatakan terjatuh dari bot yang mereka naiki ketika dalam perjalanan dari Kampung Semawang Laut ke Kampung Semawang Darat, kira-kira 6 petang semalam.
Tiga individu terbabit berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala remaja perempuan berkenaan gagal ditemui.
-- Wide TV | Deasoka