Mayat tersepit, Alza rempuh tembok

Keadaan Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan di Segaliud

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - MAYAT mangsa kemalangan yang tersepit dalam Perodua Alza di Segaliud pagi tadi berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang melalui kawasan itu.

Orang awam yang melihat kemalangan tersebut bertindak pantas membantu mangsa yang masih hidup dan tersepit di dalam kenderaan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Menerusi video berdurasi 1 minit 50 saat yang dikongsikan di dalam WhatsApp group, kelihatan beberapa orang berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Semua mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba

"Dia boleh berdiri, tapi terjepit kakinya", kata salah seorang dalam video berkenaan.

"Empat orang masih tersepit dan seorang berjaya keluar", kata seorang lelaki bernama Amir ketika berbual dengan pihak berkuasa melalui panggilan telefon.

Selain video tersebut, terdapat beberapa gambar yang memperlihatkan anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa lain yang tersepit di dalam kenderaan.

Mayat mangsa yang maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital 

Bagaimanapun, masih belum ada maklumat tepat mengenai bilangan mangsa terlibat dalam kemalangan maut itu.

Wide TV masih berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

-- Wide TV