Penyokong Sabah FC marah amri 'dipijak' pemain Melaka


Video pijak amri: https://youtu.be/8FZKNStu0HA

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - PENYOKONG Sabah FC menunjukkan rasa tidak puas hari dan marah kepada pemain melaka atas tindakan yang ia lakukan.

Pemain tengah Melaka United, Syamim Yahya dipercayai telah melakukan tindakan yang tidak bermoral di atas padang ketika aksi suku akhir pertama Sabah menentang Melaka di Stadium Likas.

Menerusi video berdurasi 29 saat di atas, menunjukkan tindakan Syamim yang menginjak kaki Amri Yahya.

Hal ini menjadi tular dan mendatang kemarahan daripada penyokong The Rhinos sehingga kini.

"Teruk betul gaya tu no.11..Datang2 jak pigi pijak kaki c Amri..Patut kena buang padang yg seekor ni..Xda semangat kesukanan", kata Ryeina U K menerusi perkongsiaanya di laman Facebook.

"Tindakan tidak pro Syamim Yahya buat penyokong Sabah FC berang dengan dia", kata Hakim Sumbak pula.


Namun, Syamim menjelaskan situasi ketika itu agak kelam kabut dan langsung tidak berniat untuk memijak kaki Amri sebaliknya hanya ingin membantu selepas melihat keadaan penyerang itu yang dalam kesakitan.

“Masa itu keadaan agak kelam kabut, dan saya sebenarnya nak tarik Gomez dan saya letakkan kaki saya di tengah-tengah antara kaki dia”, katanya.

“Saya tak nampak yang kaki Amri dekat situ, dan waktu itu saya ada tanya keadaan Amri, dia cakap tangan dia sakit jadi kalau betul saya memang nak sengaja pijak”, tambah Syamim.

Pemain tengah Melaka itu juga telah memohon maaf kepada Amri Yahya ke atas kejadian itu.

“Saya pun tak perasan yang saya ada pijak Amri dan lepas saya dapat video, baru saya nampak situasi sebenar, terus saya mesej Amri, dia pun cakap tiada apa-apa dan kami berdua baik-baik sahaja”, tambahnya lagi.

Selain itu, Syamim turut mengharapkan agar isu ini tidak lagi diperbesarkan sebaliknya ingin fokus kepada aksi suku akhir kedua yang akan berlangsung pada Khamis di Stadium Hang Jebat.

Wide TV | MFL | Semuanya BOLA